Pengalaman

Pengalaman hidup merupakan sejarah pada setiap kehidupan kita. Pelbagai kenangan pahit manis akan kita lalui. Hidup ini tidak selalunya gembira dan juga duka. Sebagai insan ianya amat berharga .
Pengalaman manis amat seronok jika diingati kembali tetapi pengalaman pahit cuba kita lupakan. Pahit dan manis menunjukan kita ini manusia kerdil yang dijadikan Allah tuhan sekalian alam. Kita perlu pandai dalam mengatur kehidupan ini untuk menjalankan tugas sebagai hamba di dunia ini.
Apa yang hendak kita capai?
Dalam hidup ini terlalu banyak hendak dicapai. Persoalannya adakah kita mampu?. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukan. Oleh itu kita hendaklah sentisa bertawakal dan bertakwa kepada Allah.
Allah Maha Adil dalam urusannya. Allah hanya melihat Orang yang bertakwa dan beramal salleh.
Jika Allah melihat hamba yang kaya, Malanglah hamba yang miskin.
Jika Allah melihat hamba yang kacak dan lawa, malanglah hamba yang hodoh dan buruk.
Ini kerana tidak semua hamba yang mamapu memiliki kekayaan dan kecantikan.
Jika Allah melihat hambanya yang bertakwa ini menujukkan Allah Maha adil,
Kerana semua mampu mencapainya walaupun miskin, cacat dan hina pada pandangan manusia.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak

Template by:

Free Blog Templates