Pengalaman

Pengalaman hidup merupakan sejarah pada setiap kehidupan kita. Pelbagai kenangan pahit manis akan kita lalui. Hidup ini tidak selalunya gembira dan juga duka. Sebagai insan ianya amat berharga .
Pengalaman manis amat seronok jika diingati kembali tetapi pengalaman pahit cuba kita lupakan. Pahit dan manis menunjukan kita ini manusia kerdil yang dijadikan Allah tuhan sekalian alam. Kita perlu pandai dalam mengatur kehidupan ini untuk menjalankan tugas sebagai hamba di dunia ini.
Apa yang hendak kita capai?
Dalam hidup ini terlalu banyak hendak dicapai. Persoalannya adakah kita mampu?. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukan. Oleh itu kita hendaklah sentisa bertawakal dan bertakwa kepada Allah.
Allah Maha Adil dalam urusannya. Allah hanya melihat Orang yang bertakwa dan beramal salleh.
Jika Allah melihat hamba yang kaya, Malanglah hamba yang miskin.
Jika Allah melihat hamba yang kacak dan lawa, malanglah hamba yang hodoh dan buruk.
Ini kerana tidak semua hamba yang mamapu memiliki kekayaan dan kecantikan.
Jika Allah melihat hambanya yang bertakwa ini menujukkan Allah Maha adil,
Kerana semua mampu mencapainya walaupun miskin, cacat dan hina pada pandangan manusia.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak

Coretan 2012

Lama tak tulis dalam blog ini, kesibukan kerja. Pejam celik dah masuk bulan 2 tahun 2012.
Emmm.. apa hobi yang saya nak kongsi???. nanti saya Fikirkan.. Zaman kini internet dah jadi keperluaan. Kawan-kawan dihujung jari.
Apa-apa pun nak taip kita kena fikir dulu nanti menyingung kawan-kawan. Macam-macam isu berkaitan blog ada yang positif ada juga yang negetif . Jadi gunakan lah dengan bijaksaan. Kalau salan taip boleh masuk penjara.em..emm. fikir-fikirkan lah....

Hobi Menonton TV





Hobi Menoton tv ada positif dan negatif. Positif atau negatif bergantung kepada rancangan yang kita tonton. Zaman kini terdapat pelbagai saluran percuma dan berbayar.
Pada pandangan saya saluran berbayar ada mempersembahkan rancangan berbentuk hiburan dan juga informasi.
Jika kita menonton rancangan yang berinformasi minda dan pengetahuan kita akan bertambah namun sebaliknya jika kita leka menonton rancangan hiburan semata-mata kita hanya mendapat keseronokan sahaja.
Ibu-bapa perlu mengawal apa yang ditonton anak-anak. supaya mereka tidak hanya leka menonton tv. Rancangan yang ditonton juga perlu sesuai dengan umur mereka. Ini kerana anak-anak mudah terpengaruh dengan rancangan yang mereka tonton.

Hobi bercucuk tanam

Hobi ini amat menarik jika anda adalah pencinta alam. Saya baru saja mencuba hobi ini untuk mengisi masalapang ku pada waktu petang.

Keperluan untuk hobi ini.

1. Kawasan untuk bercucuk tanam: kawasan lapang belakang rumah, atau boleh menanam didalam pasu.


kawasan belakang rumah ku

2. Biji benih pokok yang bersesuaian dengan kawasan.
3.Peralatan berkebun. Contoh Cangkul

GAMBAR TANAMAN KU



POKOK BENDI






HASIL PERTAMA KU (ALHAMDULLILAH)



POKOK PISANG



CUBALAH HOBI INI KEPUASANYA TAK TERKATA BILA BERJAYA.
KALAU TAK BERJAYA USAHA LAGI

HOBI MENGUMPUL SETEM

Mengumpul setem jarang-jarang kita dengar menjadi hobi kanak-kanak zaman sekarang. Masa dulu ini merupakan hobi yang amat digemari.

Faktor yang mengakibatkan hobi ini kurang digemari olah kanak-kanak kerana:
1. Kurangnya pengunaan surat menyurat masa kini.
2.Setem terpakai sukar dijumpai.
3. Tiada dorongan ibu bapa dan rakan-rakan.
4. Tidak mengetahui cara mengumpul setem yang sebenar.

Hobi ini amat menarik kepada mereka yang pandai menilai sesuatu setem. Setiap setem yang dihasilkan mempunyai motif dan gaya tersendiri.




Apa kata anda cuba hobi ini.....

Hobi membaca

Membaca memang seronok kepada yang gemar membaca. Tapi kalau tak gemar ini adalah hobi yang paling membosankan.

Faedah membaca banyak sekali antaranya:
1. Menambah illmu.
2. Keseronokan

Untuk murid dan pelajar membaca merupakan kunci ilmu pengetahuan disamping tujuk agar guru.
Pilihlah bahan yang bermanfaat untuk dibaca contoh:

  1. Majalah
  2. buku-buku akademik
  3. Novel
  4. surat kabar
  5. Majalah hiburan (untuk rehatkan minda
Tanamkanlah minat anak-anak andah untuk membaca.

Punca-punca kurang minat membaca di kalangan kanak-kanak.
  1. Tidak tahu membaca.
  2. Bahan bacaan yang membosankan.
  3. Ibu-bapa tidak ambil kisah.
  4. Cenderong kepada permaianan video game dan sebagainya.
Sekian buat masa ini..

Peta Cameren Hightland


Peta ini menujukkan tempat-tempat yang menarik di Cameren Hightland.
Ada banyak penginapan di sana dari yang murah hingga yang mahal.

"CUTI-CUTI MALAYSIA"

Template by:

Free Blog Templates