Hobi Menonton TV
Posted by AMAN at Selasa, Jun 14, 2011Hobi Menoton tv ada positif dan negatif. Positif atau negatif bergantung kepada rancangan yang kita tonton. Zaman kini terdapat pelbagai saluran percuma dan berbayar.
Pada pandangan saya saluran berbayar ada mempersembahkan rancangan berbentuk hiburan dan juga informasi.
Jika kita menonton rancangan yang berinformasi minda dan pengetahuan kita akan bertambah namun sebaliknya jika kita leka menonton rancangan hiburan semata-mata kita hanya mendapat keseronokan sahaja.
Ibu-bapa perlu mengawal apa yang ditonton anak-anak. supaya mereka tidak hanya leka menonton tv. Rancangan yang ditonton juga perlu sesuai dengan umur mereka. Ini kerana anak-anak mudah terpengaruh dengan rancangan yang mereka tonton.
Hobi bercucuk tanam
Posted by AMAN at Ahad, Mac 27, 2011Hobi ini amat menarik jika anda adalah pencinta alam. Saya baru saja mencuba hobi ini untuk mengisi masalapang ku pada waktu petang.
Keperluan untuk hobi ini.
1. Kawasan untuk bercucuk tanam: kawasan lapang belakang rumah, atau boleh menanam didalam pasu.
3.Peralatan berkebun. Contoh Cangkul
GAMBAR TANAMAN KU
CUBALAH HOBI INI KEPUASANYA TAK TERKATA BILA BERJAYA.
KALAU TAK BERJAYA USAHA LAGI
HOBI MENGUMPUL SETEM
Posted by Aman at Jumaat, Mac 25, 2011Mengumpul setem jarang-jarang kita dengar menjadi hobi kanak-kanak zaman sekarang. Masa dulu ini merupakan hobi yang amat digemari.
Faktor yang mengakibatkan hobi ini kurang digemari olah kanak-kanak kerana:
1. Kurangnya pengunaan surat menyurat masa kini.
2.Setem terpakai sukar dijumpai.
3. Tiada dorongan ibu bapa dan rakan-rakan.
4. Tidak mengetahui cara mengumpul setem yang sebenar.
Hobi ini amat menarik kepada mereka yang pandai menilai sesuatu setem. Setiap setem yang dihasilkan mempunyai motif dan gaya tersendiri.
Apa kata anda cuba hobi ini.....
Hobi membaca
Posted by AMAN at Khamis, Mac 17, 2011Membaca memang seronok kepada yang gemar membaca. Tapi kalau tak gemar ini adalah hobi yang paling membosankan.
Faedah membaca banyak sekali antaranya:
1. Menambah illmu.
2. Keseronokan
Untuk murid dan pelajar membaca merupakan kunci ilmu pengetahuan disamping tujuk agar guru.
Pilihlah bahan yang bermanfaat untuk dibaca contoh:
- Majalah
- buku-buku akademik
- Novel
- surat kabar
- Majalah hiburan (untuk rehatkan minda
Punca-punca kurang minat membaca di kalangan kanak-kanak.
- Tidak tahu membaca.
- Bahan bacaan yang membosankan.
- Ibu-bapa tidak ambil kisah.
- Cenderong kepada permaianan video game dan sebagainya.